Tuesday 29 January 2013

AWESOME : Dubai City

Bila sebut je DUBAI, semua orang mesti imagine, duit duit dan duit. Bandar yang serba serbi mahal sana sini. Hahahaha.. Asal nama DUBAI, semua projek mesti gah-gah, takde yang tak gah kalau kat DUBAI ni. Kekekeke. Aku memang suka tengok bandar DUBAI ni, tatau la pasaipa, mungkin banyak bangunan tinggi kot. And satu lagi, bangunan yang ada kat DUBAI ni semuanya teratur, tak berselerak macam kat KUALA LUMPUR tu. Kikikiki.. Guess what??? bergebang je lebih aku ni, tapi, tak pernah pergi pun DUBAI ni.. Kekekeke.. Doaku, semoga DUBAI tak jatuh bankrupt sudah. :)






Saturday 26 January 2013

IPOH NEWS : Mc Donald's Bandar Meru Raya (OPENING SOON)

Apa yang awesome untuk entry kali ni?? yar!! New MCD coming soon in Bandar Meru Raya. Guess what?? This mcd look soo hugeee. But dont know the exact scale for this new outlet. Apa yang terlintas difikiran lepas tau yang MCD akan dibuka di BMR ni ialah, something big gonna build here soon. Ermmm.. maybe THEME PARK tu kot. Entah la, hopefully, tak jadi la gajah putih bagai yer... :)


Friday 25 January 2013

AWESOME : Yas WaterWorld, ABU DHABI

Annyeong!!! Theme Park oh Theme Park.. This Taman tema memang AWESOMENESS!!! Daebak giler!! Untuk makluman anda sekalian, taman tema ini bertempat di ABU DHABI, salah satu bandar bagi negara UAE aka United Arab Emirates. Semua tahukan, asal nama UAE jer, semua benda yang hendak dibina di negara tuh mestilah yang DAEBAK-DAEBAK, mana leh bina yang cikai-cikai. Salah satunya ialah YAS WATERWORLD ni..perghh..wa cakap lu, memang awesome giler!! (ayat macam penah pegi, sedangkan tengok gambar jer pun.




Untuk Bayaran nak masuk dalam theme park nih, harga paling rendah ialah RM186.. dan yang paling mahal, RM824.. perghhh!! mahal tak mahal la kan... Apa yang penting, korang kena tengok attraction yang ader dalam theme park nih. Dibawah ni antara gambar benda yang boleh kita main kat sana. DAEBAK!!













Monday 21 January 2013

MY STORY : Kucing Kesayangan

Annyeong...haaaaaaa...tahukah siapa dibawah ini?? Inilah buah hati pengarang jantung aku!! cute kan?? Nama diberi MEIMEI..Pemalu orangnye..kekekeke... Lama dah aku bela dia nih.. Sangat sayang kat dia sebab manja yang sangat melampau ngan aku. Tatau la time aku kat hostel nih dia duk buat apa kat umah. Hehehehe.. actually, hari-hari aku rindu kat dia...bau dia, suara dia...dan lain-lain.. Meimei, i will see you soon... 2 days more.. wait for me yarr... :)



Sunday 20 January 2013

MY STORY : Friendship


Friendship = PERSAHABATAN. Apa yang akan selalu manusia perkatakan tentang perkataan ini??? yar...ada setengah dari kita tidak langsung mengambil endah tentang persahabatan, tapi, believe me, friendship memang sangat diperlukan. Bila kita dirumah, ibu bapa kitalah yang akan menjadi tempat dimana kita mengadu segala masalah kita baik buruk semuanya. Kadangkala, tidak semua masalah kita boleh diceritakan kepada mak bapak kita, mesti ada gak satu dua masalah yang kita tak boleh ceritakan. Dan dengan sebab ini, timbullah isu dimana kita sebagai manusia memerlukan persahabatan. Dalam persahabatan, mesti kita inginkan sahabat yang mempunyai ciri-ciri yang kita suka. Tapi, jangan begitu memilih dalam ingin bersahabat, kerana, dengan terlalu memilih, kita akan berdepan dengan satu masalah dimana kita tidak akan ada langsung sahabat. Percayalah. Aku sebagai manusia yang adakala mood tak berapa betol, dengan adanya sahabat, aku dapat cheer diri aku if aku bersama dengan diorg untuk berkaraoke, makan-makan, dan lain-lain. Nasihat untuk semua, hargailah segala kawan yang ada. Adanya kawan, sudah tentu akan adanya sahabat. Kawan dan sahabat adalah dua yang berbeza. Jangan sesekali menyamakan KAWAN dan SAHABAT. Untuk mengetahui apa itu kawan dan apa itu sahabat, anda cubalah explore sendiri perbezaannya. Selamat mencuba.. Sayangi sahabat anda dan juga kawan anda.. :)

PANORAMA : Dubai Skyline


Click the picture to view in large scale.

PANORAMA : Ipoh Skyline


Click the picture to view the large scale. :)

IPOH WONDERLANDS

Thursday 17 January 2013

MALAYSIA NEWS : Bawani VS Sharifah Zohra Jabeen (UUM)



Suka saya sebagai seorang MAHASISWA dan juga BLOGGER ingin memberi sedikit pendapat tentang apa yang sedang hangat diperkatakan di MALAYSIA ketika ini. Bawani?? Siapakah beliau?? ya, mungkin ada yang masib belum tahu tentang "BAWANI" iaitu seorang Mahasiswi dari UUM yang secara beraninya tampil kehadapan untuk membahaskan hujah dan pertanyaan dari beliau kepada moderator SHARIFAH ZOHRA JABEEN yang lebih kepada "GOVERNMENT SUPPORTER". Apa yang saya tahu tentang kes ini, dua-dua pihak ada silap masing-masing. Untuk BAWANI, umum tahu bahawa sesi soal jawab telah pun tamat, tetapi, beliau ingin juga bertanyakan soalan kepada pihak berwajib dan juga menyelitkan sedikit hujah-hujah bersertakan fakta yang padat dan mendapat. Bagi saya, BAWANI ada hak untuk bertanyakan apa jua soalan since forum tu masih belum tamat. Beliau sebagai MAHASISWI yang akan mencorak masa depan negara suatu hari nanti juga perlu diberikan ruang untuk mendengar sepenuhnya hujahan beliau tentang apa yang beliau ingin utarakan. Beliau bertanyakan hanya tentang pendidikan percuma, tapi, si moderator SHARIFAH ZOHRA JABEEN dengan angkuhnya memotong hujahan BAWANI. Hal ini sepatutnya tidak perlu terjadi, at least, u as a moderator perlulah bagi si student tu habiskan hujah dulu, then, barulah potong. Untuk si SHARIFAH ZOHRA JABEEN ni, ayat-ayat hujahan beliau teramatlah tidak berasas dan tidak menjawab soalan langsung. Inikah yang dinamakan sebagai moderator sesebuah forum???? Selain itu, SHARIFAH juga turut memalukan BAWANI di hadapan ratusan students yang lain. SHARIFAH menyuruh BAWANI respect org yg lebih tua, tetapi, adakah SHARIFAH menghormati orang lain juga?? tidakk!!! Malah beliau telah memalukan BAWANI. SHARIFAH ZOHRA JABEEN telah mencerminkan diri beliau begitu obses dengan BARISAN NASIONAL sehingga membuatkan dia 'pedih telinga' mendengar BAWANI berhujah, then, sebab tulah dia memotong percakapan BAWANI. MEMALUKAN!! (kalau nak ampu kerajaan sekalipun, tak payah la nak bawak sampai ke UNIVERSITI, ingat student la nih bodoh-bodoh ke). Untuk UUM Students pula, saya, dengan bangganya mengatakan yang anda semua amatlah tidak bermaruah serta berpendirian kerana disebabkan sikap yang begitu lalang, sekejap sorak sini, kejap sorak sana. MANA SATU HAAA??? Are you guys stupid??? i really hope that u guys are not. But seriously, why you guys did this to BAWANI?? Korang sepatutnya backup BAWANI if korang setuju. UUM STUDENTS sangat memalukan!!!! 

Thursday 10 January 2013

IPOH NEWS : Maharaja Lawak Mega 2012 Live at IPOH

Buat pertama kalinye, MAHARAJA LAWAK MEGA akan diadakan di IPOH pada 11.January.2013 ini!! hahahaha.. how daebak i feel!! tomorrow gonna grab the ticket to watch it live..hahahahaha.. cant wait!! Lokasi untuk dapatkan tiket pada esok hari ialah di STADIUM INDERA MULIA.