Assalamualaikum untuk semua. Hari ini tanggal 25/DESEMBER/2012 bersamaan juga sambutan hari KRISMAS oleh penganut agama KRISTIAN. Buat pertama kalinya, setelah sekian lama meninggalkan entry-entry tentang hidup aku, hari ini dan malam ini, aku ingin menulis sesuatu tentang perbezaan hidup yang aku alami. Kelmarin, aku berkunjung ke kampung halamanku yang terletak di FELDA IJOK selama, perak. Dalam kunjungan tersebut, pelbagai cerita yang diceritakan kepada aku serta keluargaku oleh TOK yang tak kering gusi menceritakan segalanya. Aku tertarik dengan cerita tentang apa bapa saudaraku yang begitu menganggap tinggi tentang pembelajaran aku. Apa yang aku dengar daripada TOK ialah "Ija, letak jer dia dekat mana-mana, dia mesti boleh pegi punya". Apa yang TOK maksudkan ialah apa yang bapa saudaraku katakan kepadanya tentang aku. Begitu teruja aku dengar sepotong ayat sebegitu lalu terus aku memikirkan
"kenapa begitu ramai yang memberatkan bahu aku ni". Maksudnya disini, aku dipandang tinggi oleh seluruh keluarga sebelah IBUku yang menganggap aku sebagai cucu/anak sedara yang akan berjaya dimasa hadapan. Aku bukan mengatakan sebegini seperti aku berlagak, tetapi aku hairan, keluarga sebelah BAPAku hanya memandang aku sebagai anak sedare yang paling lemah antara semua anak sedare yang ada. Begitulah perbezaan hidup yang aku lalui di kedua belah pihak keluargaku. Pahit manis, semuanya ditanggung pada masa yang sama. Inilah kehidupan yang ALLAH beri untuk hambanya untuk cekal tabah mengharungi semuanya. :)
No comments:
Post a Comment