Friday 25 November 2011

Already sold out!!!!






Assalamualaikum semua...hahahaha..lama betul tak update blog nih, tiba2 update sal tahape benda la kan, hahaha... first of all, apa khabar semuanya?? hahaha...harap2 yang rajin baca tuh sehat2 belaka la yerk.. ni aku nak citer sal apa yang berlaku semalam, semalam aku gi JUSCO KINTA CITY, motif pertama, nak tgk TWILIGHT BREAKING DAWN, oke, sebelum tengak tu, aku jalan2 la lu, pastuh, termasuk plak kat kedai jual CD, niat nak cari album baru GIRLS GENERATION nih, bila cari2 takde, tanya kat kaunter, dia cakap, dah habis terjual, wahhhh, laku betul, hahahaha...jenuh la kena tunggu tah bila lak nak ader kan.. huhuhu.. tak sangka, orang IPOH ramai yang minat GIRLS GENERATION ni yer... maklumlah, awek2 aku sumenye cantik-cantik belaka... hahahaha... itu jer nak citer utk hari nih... tq

Wednesday 8 June 2011

PETRONAS






PETRONAS.... semua sudah tahu, nama sebuah syarikat yang terkenal dan menampung MALAYSIA dari segi kewangan... Jika difikir balik, keuntungan PETRONAS setiap tahun meningkat dan tahun ni, dianggarkan berjumlah 63 BILLION ringgit... itu jumlah untung.. bagi aku la kan, tak salah kot kalo 63 BILLION tu dibahagi dengan 28 JUTA rakyat MALAYSIA sebagai duit poket setiap tahun.... seorang rakyat bole dapat dalam RM2,200+ ... banyak gak tuh...haih, bilalah MALAYSIA leh bagi duit kat rakyat-rakyatnye....huhuhuhu.... tak salah kan....

Friday 27 May 2011

Thursday 10 March 2011

The Malay Chronicles : HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA




SINOPSIS

Filem yang skripnya ditulis oleh Amir Hafizi ini mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

~~DI PAWAGAM 10 MAC 2011~~

aku dah tengok dah citer nih semalam... 11/3/2011... memang best la untuk MALAYSIAN... aku rasa FILEM ni adalah filem paling berkualiti antara semua filem yang penah wujud di MALAYSIA nih.. tahniah KRU studios..... cadangan saya, teruskan buat filem epik seperti ini...memang curlast gitewww....

Friday 4 March 2011

Paco Rabanne 1 Million.... :)










I got NEW PERFUME.... hahahahaha... sedap baunye, thnx kepada yang suggestkan kat aku untuk ambil perfume yang nih.... habis yang nih, nak try bau lain pulak...
CURLAST jer botolnyeee.... :)
suka suka suka....

Monday 31 January 2011

KRISIS SEBENAR DARURAT DI MESIR





Ketepikan sekejap perbincangan mengenai IT di JomPHP, kerana ada isu penting dan serius yang ingin disampaikan. Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.

Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.


2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI


4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI


5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.


6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

Friday 28 January 2011

Design JUSCO KEDUA kat IPOH... :)





Macam ni la rupanyer... Dikatakan, jusco ni menyerupai QUEENSBAY MALL dan dijangka lebih besar dari itu.... WOW!!!! i likeeeeeeee........ dan dijangka juga, JUSCO terbesar di MALAYSIA..... huhuhuhuhu...dan siap dibina selewat-lewatnye FEBRUARI 2012.... Penduduk IPOH, nantikan tempat lepak baru...uhuhuhuhhuu