Thursday 25 November 2010

DATO' SITI NURHALIZA SAH TARIK DIRI ABPBH 2010





Pada ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2009 yang lalu, Penyanyi NO.1 negara a.k.a DATO' SITI NURHALIZA telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mengundur diri daripada bertanding dalam ABPBH yang akan datang. Kenyataan ini dibuktikan apabila pada sidang media ABPBH 2010, DATO' SITI NURHALIZA telah mengesahkan bahawa beliau tetap berpegang pada keputusan yang telah dibuat iaitu mengundur diri daripada bertanding dalam pertandingan tersebut.

"Bukan mudah bagi Siti untuk ambil keputusan ini. Tapi, Siti dah pun fikir masak-masak dan Siti pun sudah dapat restu daripada ramai pihak terutama sekali dalam kalangan peminat Siti yang selama ini telah banyak menyokong kerjaya seni Siti. "

"Alhamdulillah, mereka nampaknya faham dengan apa yang Siti buat ni. Jadi, keputusan Siti untuk mengundurkan diri daripada menyertai ABPBH adalah muktamad. Kebetulan pada tahun ini pula nama Siti tidak dicalonkan kerana tiada sebarang produk. Jadi, ia memudahkan lagi hasrat Siti untuk berundur. "

"Siti juga tidak menyesal dengan keputusan yang Siti buat ini. Sebab, Siti rasa, dah banyak pencapaian yang Siti terima daripada ABPBH. Sudah sampai masanya pula untuk Siti jadi pemerhati serta penyokong." kata tok ti... hehehehe

SO, SEKARANG JELAS.... DATO' SITI NURHALIZA TARIK DIRI..... KEPADA ARTIS-ARTIS YANG ADA, REBUTLAH PELUANG YANG DIBERI, MAKE SURE, KERJA KUAT, SABAR DAN PLAN tu kena betul untuk MAINTAIN......

NOW....DATO' SITI NURHALIZA BECOME THE LEGENDS

8 kali menang ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR (1996,1997,1998,1999,2000,2001,2004,2009)

14 kali menang ANUGERAH PENYANYI WANITA POPULAR (1996,1997,1998,1999,2000,2001,2002,2003,2004,2005,2006,2007,2008,2009)

No comments:

Post a Comment