Sunday, 20 January 2013

MY STORY : Friendship


Friendship = PERSAHABATAN. Apa yang akan selalu manusia perkatakan tentang perkataan ini??? yar...ada setengah dari kita tidak langsung mengambil endah tentang persahabatan, tapi, believe me, friendship memang sangat diperlukan. Bila kita dirumah, ibu bapa kitalah yang akan menjadi tempat dimana kita mengadu segala masalah kita baik buruk semuanya. Kadangkala, tidak semua masalah kita boleh diceritakan kepada mak bapak kita, mesti ada gak satu dua masalah yang kita tak boleh ceritakan. Dan dengan sebab ini, timbullah isu dimana kita sebagai manusia memerlukan persahabatan. Dalam persahabatan, mesti kita inginkan sahabat yang mempunyai ciri-ciri yang kita suka. Tapi, jangan begitu memilih dalam ingin bersahabat, kerana, dengan terlalu memilih, kita akan berdepan dengan satu masalah dimana kita tidak akan ada langsung sahabat. Percayalah. Aku sebagai manusia yang adakala mood tak berapa betol, dengan adanya sahabat, aku dapat cheer diri aku if aku bersama dengan diorg untuk berkaraoke, makan-makan, dan lain-lain. Nasihat untuk semua, hargailah segala kawan yang ada. Adanya kawan, sudah tentu akan adanya sahabat. Kawan dan sahabat adalah dua yang berbeza. Jangan sesekali menyamakan KAWAN dan SAHABAT. Untuk mengetahui apa itu kawan dan apa itu sahabat, anda cubalah explore sendiri perbezaannya. Selamat mencuba.. Sayangi sahabat anda dan juga kawan anda.. :)

No comments:

Post a Comment